FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

09 March 2012

Bemgkel MS ISO 9001:2008 @ Cameron Highland



tengah takde mood mau bercerita panjang


secara ringkasnya
bengkel adalah 3 ari 2 malam
menginap di hotel rosa passadena
lain-lain
kita layan gambar je
huhuhuhuhuhu






















Finally


picca-googled


cewahhh
tajuk omputeh sangat!

finally kes sbpa yang berbulan-bulan 
di tunggu-ditunggu oleh semua kakitangan awam 
dah menemui jawapannya

sbpa dibatal
ssm ditambah baik
bagi mereka di dalam gred 54 dan ke bawah terima kenaikan
sebanyak 13%
syukran!
cepattttttttttt tekan kalkulator
kira berapa gaji yang bakal diterima

cerita-cerita hot lain pasal sbpa
malasssssssssssssss nak amik pusing
bikin sakit kepala je
asalkan dapat gaji, naik gaji
sudehhhhhhhhhhhhhhhh...







05 March 2012

Sesi Urutan Baby @ Taska Sarjana Pintar

*ini adalah entry tertangguh*





sesi urutan baby ini adalah anjuran taska eqbal
quite good lesson
even untuk mommy yang sudah beranak tiga
hahahaha
ye ilmu & pembelajaran itu tidak pernah berhenti

selain sesi urutan
ada juga sesi tunjuk ajar cara memandikan baby dengan betul
 dan cara menangani kes tersedak susu 
[jauhkan la kes tersedak susu ni dari baby ai
dan taska sarjana pintar, amin!]

lain-lain kita layan gambar ajer ye






eqbal berposing sambil diurut
thanx to daddy yang jadi tukang amik gambar

mommy| eqbal | teacher nor


puan mahanom [tudung biru]
sangat friendly dan sungguh baik ati...





29 February 2012

Update Sempena 29hb Februari





picca-googled!





update ini sengaja direka
saja-saja nak letak
padahal banyak lagik entry yang bersusun kat draft
tapi malas edit punya pasal
peram dulu arrr...
konsepnya sama ngan makanan yang peram
lagik peram
lagi sedap kan
muahahahahahaha
konsep yang tak boleh blah
alasan malas nak update kekdahnya


sekian bebelan sempena 29 hb februari
kut umo panjang
bertemu lagi tarikh ini 4 taun akan datang


daaaaaaaaaa...

28 February 2012

Berjangkit Dan Jangkitan




hurmmmm
nampaknya virus sakit mata neh
dah menyerang sorang-sorang dalam famili ai
lepas elham
kena kat eqbal
sekarang giliran mr. hubby
dan petanda nak kena kat ai dah mula ada
gigih sapu krim dan titis ubat mata
harap-harap ianya pulih dan tak worse
huhuhuhuhuhuhu


picca-googled!



22 February 2012

Kerusus Kursus Kurus



picca-googled!




*tajuk kat atas tu
tak ada kena mengena ngan kurus pown
sedeyyyyyyy
ntah apa-apa sedey
yo la sedey pasal ai tak jugak kurus-kurus sejak bersalin
huhuhuhuhuhu*

okeh switch ke mood normal balik
tingggggggggggggggggg!!!

minggu ni ai kena pergi kursus
bunyik macam seronok
kat cameron highland nun
lamaaaaaaa tak pegi rasanya
lama tak lama ada la kut setahun yang lalu pegi
sebelum ai pregnantkan eqbal dan bersalinkan dia
macam kan CH tu kampung halaman pun nak pegi tiap bulan kan
hihihihihi

sonok memang le sonok
lagi sonok ai boleh bawak famili sekali
besh besh besh!
tapi yang tak beshnya
sekarang tengah 'musim' anak-anak kurang sehat
huhuhuhuhuhu
cepatlah 'musim' ni berlalu
sian kat anak-anak 
lagi-lagi yang si tecik tu kan
tak apa lah
dugaan ni kecil je banding orang lain
kena banyakkan redho dan bersabar
dan tambahkan lagi redho dan bersabar
dan teruskan dengan redho dan bersabar
setelah berusaha dan bertawakkal kepadaNya

semuga by the time ai berkursus tuh
anak-anak semua dah sehat dan kebal 
dengan cuaca dingin tanah tinggi
leh ai berkursus dengan senang hati
dan mr. hubby pun 'tere' membela 3 beradik tu
amin!

dan boleh la mr. hubby pun dengan ceria 
bertemu seorang 'sahabat lama'
yang satu masa dahulu tido sebantal makan sepinggan
hihihihihi












nota kaki;
terbayang nak petik stroberi banyak-banyak
nak borong jagung, sweet potato, bla bla bla
bunga? nom nom nom...
tak praktikal buat diri ai buat masa ini
=)






13 February 2012

Elham Sakit Mata




sangat risau
sangat sedih
mata elham yang sakit sejak khamis lepas
belum ada tanda mau pulih
dah 2 klinik kami terjah
dah pelbagai petua kami coba
nampaknya belum ada yang rasi lagi
sangat rindukan matanya yang hitam dan bersinar galak itu

"Ya Allah, pulih kan lah
sembuhkan lah
sakit mata elham
kasihani la dia
sembuhkan lah sakit matanya dengan segera
amin!"
















nota kaki
sian my lil' elham
huhuhuhuhuhuhu
cepat sembuh ye sayang!






05 February 2012

Makan-Makan @ E-Rasa




ai neh bukan peminat nasik ayam
tatau naper
susah nak jumpa yang menepati selera
walopun yang pemes kat sec 11 tu
masih tak kena dengan tekak dan selera ai
tapi nasik ayam restoran neh
memang mantop
sedapppppppp

nak lagi sedap
pasal dia tengah buat harga promosi rm 5 je uols
berjimat cermat bagus untuk kesihatan poket kekdahnya
promosi adalah untuk set nasik ayam + air sirap atau teh o ais





nasik ayam lemon pun sedap
veri the crunchy one ayam dia tu
masam manis dia memang menepati tekak la
mee bandung muar pun marbeles
wahhhhhhhhhh
kalau semua marbeles harus tambah melipat lepat lelemak dan babat ai
tu belum lagik terai tom yang goong dia
ikan bakar dia
perghhhhhhhhh
len kali ai terai satu persatu yer


gambar bawah neh sementara ai menunggu makanan ai siap
so marilah kita amik gamba tokey nasik ayam neh
hehehehehehehehe





restoran neh letaknya kat seksyen 15
dekat je dengan showroom toyota tu






nota kaki:
kena mintak komisyen neh dari tokey nasik ayam tu
hahahahahahahahah

04 February 2012

Acara De Santai Piknik By Taska Sarjana Pintar




ya ampun
entry neh lamaaaaaaaa tertunggak
asik bertangguh aje nak publish ke blog
hihihihihihi

apa pun nak cakap
acara neh memang besh
veri the santai
plus pagi-pagi minggu ahad tu tak buat apa
marilah kita berpiknik bersama teachers mereka dan ibu bapa yang lain juga
acara ini di organise oleh pelatih UPSI
well done girls!

acara start pukul 8.15 am
tapi weols sampai lewat
maklumlah ada 4 bala tentera neh lewat skek la pergerakannya
plus malam tu ai diserang mastitis kali pertama
huhuhuhu
pastu agak kelam kabut nak menyediakan pot luck
mujurnya bahagian ai cuma menyediakan pasta goreng jer
tapi ai add on dengan rojak buah

sampai tasik udah ramai ibu bapa yang berkumpul
dan mujurnya acara pun baru bermula
cepat-cepat cari port dan serahkan makanan
lepas tu mari kita enjoyyyyyyyyy!!!



eqbal bersama teacher normahnya
sweet kan senyuman teacher nor tu


the mommy yang gumuk
berlapis-lapis lelemak di pewot dan dagu
huhuhuhuhuhuhuh

eqbal pun nak bersenamrobik jugaaaaaaaaaa!

okeh semuaaaaaa
tiru macam sayaaaaaaaaa....

pujuk elham join acara senamrobik
pagi tu mood dia agak swing!

the daddy and eiman
cargassssssssss bersenamrobik!
rock the world

pastu ada pertandingan binaan arca daripada straw
weols kalahhhhhhh
hahahahaha
harussssssssss

the mommy and sons





acara habis dalam pukul 11.30 am
alhamdulillah
pulang dengan senyuman
dan hati yang gembira 
juga dengan perut yang kenyang












nota kaki:
kalau acara ini dibuat acara tahunan bagus juga
boleh berkenalan dengan famili yang lain
dan mengeratkan silaturrahim sesama kami
=)

03 February 2012

Salam Maulidur Rasul


Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela





nota kaki: 
selawat dan salam kepada kekasih Allah...











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...