FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

24 November 2009

Salam Aidil Adha





ini adalah artikel mengenai ibadah qurban yang telah dikeluarkan pada 23 jun 2005::

hari raya aidiladha atau hari raya haji, juga dikenali sebagai hari raya qurban. ia merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di mekah, yang merupakan rukun islam ke-5 bagi mereka yang mampu, sekali gus menandakan bermulanya ibadat korban.

aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya, Nabi Ismail dalam memenuhi perintah tersebut.

selain itu, salah satu keistimewaan aidiladha dan hari tasyrik ini ialah ibadat qurban. ibadat qurban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 zulhijjah.

selepas bersembahyang, upacara qurban akan dimulakan. lembu, kambing dan biri-biri yang diqurbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

ibadat qurban merupakan suatu ibadat yang amat digalakkan di dalam islam, khususnya bagi mereka yang mampu dari segi kewangannya. ibadat qurban telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. di dalam ibadat qurban ini juga, terdapat pelbagai hikmah dan rahsia serta ganjaran yang amat besar sekali daripada Allah s.w.t.

menurut imam khatib syarbini dalam kitabnya, mughni al-muhtaj, hukum ibadat korban adalah sunat muakkad, melainkan bagi mereka yang bernazar, ia akan menjadi suatu perkara yang wajib manakala, makruh bagi mereka yang sengaja meninggalkannya, sedangkan ia mampu.

pun begitu, ibadat qurban merupakan suatu ibadat yang wajib kepada Nabi Muhammad s.a.w seperti mana yang terdapat dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam tirmizi yang bermaksud: diwajibkan ke atasku melaksanakan ibadat korban namun ia merupakan suatu amalan sunat bagi kamu.

ibadat qurban bermaksud, penyembelihan binatang ternakan yang terdiri daripada unta, lembu, kambing dan seumpamanya, pada hari raya korban, iaitu 10 zulhijjah sehingga gelincir matahari pada hari akhir tashriq, iaitu 13 zulhijjah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...