FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

17 December 2009

Elham Jatuh Katil...Lagik???





kejadian dah berlaku beberapa minggu yang lalu...


bila kejadian neh berlaku, memang rasa bersalah sangat dan rase macam nak marah dan maki diri sendiri...

tapi aku rasa aku tak perlu share sebab musabab kenapa elham boleh jatuh...ayat klise 'benda dah nak jadik...' dan aku memanggg totally regret sangat benda neh dah jadi...KALAU BOLEH memang la sapa-sapa pun tammo benda neh happen kan...so aku tammo stresskan diri sendiri sebab memikir benda dah lepas...


oleh sebab ini adalah bukan kejadian pertama, aku cuba cool down & cuba untuk tidak panik sambil buat apa yang patut dan perhatikan progress elham...


apa pun, aku nak share info yang aku dapat dari paed semasa visit aku ke hospital masa elham jatuh mula-mula dulu...[aku tahu sure ada ibu bapa yang berada dalam situasi macam aku...so harapnya info ini akan membantu]

saranan daripada paed:-

1. tengok bahagian kepala mana yang jatuh dahulu dahi atau bahagian belakang [bahagian belakang lagik bahaya]


2. kalau benjol, cepat-cepat tuam dengan ais~! bukan dengan air suam ke, minyak gamat ke, apa ke...


3. lepas jatuh, cepat-cepat bagi minum air/susu...kalau lepas minum air/susu bayi terus muntah, bawa ke hospital dengan segera...


3. kalau perkara di nombor 2 tidak berlaku, sila monitor selama 24 jam selepas kejadian, terus bawa ke hospital dengan kadar yang segera jika berlaku perkara seperti:-

  • muntah-muntah


  • pening


  • sawan


  • menangis tak berhenti


  • demam

 kerana dikhuatiri kemungkinan ada gegaran pada otak


3. kalau ada benjol sahaja, tak perlu bawa ke hospital...


4. kalau berlaku sedikit keretakan pada tengkorak, paed kata retak tersebut biasanya boleh sembuh dengan cepat, dan tempat retak tu biasanya lebih keras daripada tulang tengkorak lain.


kalau dia lepas jatuh tu, aktif dan boleh bermain macam biasa, jangan terlalu risau...apa pun, yang penting monitor dalam mase 24 jam okeh...so harapnya info neh membantu para ibu bapa...






maafkan mummy ye sayang...
:-((



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...