FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

29 December 2009

Layan Movie : AVATAR



sapa dah tengok cerita ini sila angkat kibod tinggi-tinggi...dan sapa setuju dengan saya bahawa cerita ini sesungguhnya best, sila korek idong memasing ye...hahahahahahaha...saya bergurau okeh [eh sejak saya guna perkataan saya ini, saya suka bergurau kan? hahahahahaha...ye ke? orang laen tak perasan pon...wakakakakaka...]

yang pasti, saya dan mr. hubby amek coti ari isnin tu, nak dating berdua, nak berjalan tengok cinema dan 'melabur'kan duit pada encik jusco...ok, saya tammo cerita pasal hal-hal laen, saya nak fokus cerita saya pada filem avatar neh saja...


pada awalnya saya fikir filem avatar neh seperti filem kartun avatar the legend of aang tu...hahahahaha...
      
okey, saya mengaku; saya memanggg tak baca review ka, sinposis ka atau hatta apa sajalah pasal filem neh...poster filem yang ditampal di sekeliling panggung tu pun saya tak baca...yang saya tahu memanggg tajuk dia avatar...laen-laen saya tak amek port langsung...sehinggalah pada hari kejadian, hubby saya beratur untuk mendapatkan tiket untuk filem ini saya masih tatau pasal filem avatar neh, tapi ya, saya memanggg teruja nak tengok filem ini sebab dalam kotak fikiran saya, ia adalah filem kartun avatar yang telah di 3D kan...sengal~!!! hahahahahaha...so bila filem ini mula ditayangkan, muncul pelakon-pelakon filem ini saya terfikir, uisssssshhh, salah masuk panggung ka? wakakakakakaka...[sian saya kan? sila la gelakkan saya...]

tapi saya yakin saya tak salah masuk panggung bila di awal cerita itu ada dialog mengenai avatar...hahahahahaha...kalau nak minta saya bagi rate star kat filem ini, saya bagi full and a half star~!!! wakakakaka... 5.5/5 bintang...[soOOOoo over okeh~! hahahahaha...] yang nyatanya, filem ini memang cantik senimetografinya, even saya tahu ini 3D saya masih kagum dan kagum dengan tahap imajinasi yang tinggi, kreatif dan saya suka pada makhluk omaticaya & bahasa na'vi yang digunakan itu...hahahahaha...so pada sesapa yang belum tengok filem ini, sila ke panggung berhampiran ye, saya pasti kamu, kamu dan kamu juga bakal teruja walaupun filem ini hampir/mencecah 3 jam...apa pun, kalau kamu tak berkesempatan nak tengok kat cinema, tunggu sahajalah kemunculan dvd atau cd di pasaran terang mahupun pasaran gelap [errrkkk~! saya tak menyokong industri cetak rompak ya...saya serius neh...] tapi terus terang, kalau ada yang tammo tengok filem neh, atau tak suka dengan filem, ini saya tak kisah pun...saya tak paksa orang suka pada apa yang saya suka...hahahahahaha...















p.s.: mr. hubby ajak tengok filem santau pulak
dia bilang: 'kita kena sokong industri filem tempatan juga...'

saya terfikir apa salahnya...
so kalau 'jadi' saya tengok cerita santau tu,
nantikan tulisan dan pendapat saya pasal filem itu pula dari kacamata saya...hahahahahaha

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...