FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

17 December 2009

Salam Ma'al Hijrah :: Awal Muharram :: 1431 Hijrah

muharram adalah bulan pertama dalam kalendar islam.sempena menyambut ketibaan tahun baru dalam kalendar islam, aku nak share info yang ada untuk sama-sama kita amalkannya...semuga usaha dan doa kita diberkati dan dimakbulkan oleh Allah SWT, insyaAllah...


DOA AKHIR TAHUN
dibaca pada akhir waktu asar, sebelum maghrib pada akhir zulhijjah...


sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata :

"kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

 






"Segala pujian hanya layak untuk Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya Allah apa-apa yang kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya engkau larang dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat dan engkau pun belum meredhainya, walaupun engkau belum mahu melupakannya, namun engkau masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan engkau masih menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun , maka ampunilah kami. Dan manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat redha Mu, engkau janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohon kepada engkau wahai tuhan yang pemurah, tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah apa-apa daripada kami dan janganlah engkau kecewakan harapan kami ini. Semoga Allah merahmati Saidina Muhammad dan kaum keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala puji hanya layak untuk Allah, Tuhan semesta alam."





DOA AWAL TAHUN
dibaca selepas solat magrhrib hari tersebut [masuknya bulan muharram]


sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata :

"telah amanlah anak adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".







"Segala pujian hanya layak untuk Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad semulia-mulia Rasul dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal yang sedia ada dari awalnya lagi, dan engkaulah yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi, maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng perlindungan dari gangguan syaitan yang direjam dan pemimpinnya, juga tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada Mu wahai Tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan, wahai Tuhan yang amat mengasihi. Dan semoga Allah merahmati Saidina Muhammad, nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga seluruh sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk Tuhan semesta alam."









salam ma'al hijrah 1431 buat semua
(^_^)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...