FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

14 January 2010

Keracunan Makanan






GEJALA
biasanya dimulai dengan rasa mual, loya dan muntah-muntah selepas 2-8 jam termakan makanan yang telah tercemar

gejala lain seperti, sakit perut, cirit birit dan kadang kala sakit kepala dan demam

kehilangan cecair dalam badan boleh menyebabkan rasa lemah dan tekanan darah menjadi rendah




FAKTOR
ianya boleh terjadi atas 3 faktor

secara kimia
terdapat bahan yang mengandungi logam dalam makanan seperti timah, merkuri, melamine dan sebagainya
selain itu, sumber additive dalam makanan seperti pewarna, pengawet, perisa dan sebagainya


secara biologi
terdapat dalam tumbuhan yang secara semulajadinya mengandungi racun seperti sebiji kentang yang telah berwarna hijau mengandungi solanin boleh menyebabkan kematian jika diambil dalam jumlah yang besar

secara mikrobiologi
melalui makanan yang telah dicemari oleh mikroorganisma patogen




SUMBER
kebiasaanya terjadi di atas 3 sumber

manusia
secara umumnya yang kita ketahui manusia memang terdedah dengan pelbagai jenis bakteria di atas permukaan kulit.  oleh itu, kerap cuci tangan dan jagalah kebersihan diri.

persekitaran
selain dapur, peralatan memasak juga perlu sentiasa bersih dan dibersihkan dengan sempurna.

bahan makanan
makanan yang dimasak perlu benar-benar masak dengan sempurna.





PENCEGAHAN
pilih makanan yang segar

jika membeli barang makanan di dalam tin/botol, baca label terlebih dahulu, periksa kandungannya, tarikh dan keadaan tin/botol tersebut

pilih dengan teliti makanan seperti daging, seafood produk tenusu seperti susu segar, keju dan sebagainya.  seperti terdapat bau yang kurang enak atau pun warna yang telah berubah.

simpan bahan makanan dengan cermat di dalam peti sejuk. 







p.s.: azabbbnyaaaaa kena keracunan makanan
oleh itu, tolong doakan saya segera pulih ye kekawan semua...uhuhuhuhu...
(-_-)"



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...