FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

30 March 2010

Salmon Steak Wif White Souce

neh le gamba salmon steak versi aku
siap hiasan kacang panjang lagik...muakakakaka



sejak beli salmon murah ngan puan ammi tu
asik-asik la surf internet nak cari resepi salmon
banyakkk slice ko bile aku dah potong-potong satu fillet salmon tuh
kira berbaloi-baloi dan puasssss makan gituk~!

okeh tammo citer banyak

aku nak tepek resepi neh
resepi neh aku dapat dari forum myresepi
*credit to myresepi



Bahan-bahan ( 2 orang )


2 keping ikan salmon (ikan lain pun boleh...)

1 sudu besar minyak zaitun

Secubit garam

Secubit lada hitam

*1 cawan mashed potatoes atau nasi putih

Bahan-bahan untuk sos

2 sudu besar majerin atau mentega

1/2 biji bawang besar (dicincang)

1 sudu besar tepung gandum

1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)

1 cawan susu segar

Secubit garam

Secubit lada hitam

Cara-cara
Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.

Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak.

Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.

Bahan2 lain ikut citarasa masing-masing, yg pentingnya adalah sos putih.
 
 
Senang nak masak ni... sos boleh diguna utk ayam, pasta, dll. Ini masakan french yg ada ciri-ciri asian sbb ada nasi.








 p.s; mr. hubby kata macam makan kat hotellll...
hahahahaha...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...