FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

06 April 2010

Grilled Salmon Nyummmmeeeyyyy




cerita salmon lagik?
hahahahaha...sori la yer...oleh kerana aku nak abeskan stok salmon aku neh
banyakkk la aku try resepi-resepi berkaitan salmon neh

cik salmon aku kali neh even rupa parasnya tidak begitu molek di mata
TAPI
percayalahhh, amatttttt nyaman di tekak dan enakkk untuk dinikmati
hahahahahahahaha

ekceli resepi asal neh aku jumpa kat dalam myresepi.com
*creadit to myresepi.com

tapi ada bahan-bahan dia aku tokok tambah sikit...wakakakakaka

Bahan-bahan ( 2-3 orang )


250gm Ikan Salmon

6 batang Lidi Sate
[aku tak cucuk pun pakai lidi sate neh, so kalau takde pun tak apa kut...hihihihihi]

**Bahan-bahan untuk perap**

30ml Soya Sos

30ml Madu

½ sudu kecil halia yg dicincang

1 ulas bawang putih, dicincang

Sedikit garam

Sedikit lada hitam

1/2 biji Lemon (utk ambil jus)

Cara-cara

Masukan bahan-bahan untuk perap dalam mangkuk besar, gaul sampai rata. Ketepikan.

Ikan salmon dipotong 6 keping yg sama besar.


Perap ikan salmon selama 30 mins.

Cucuk sekeping ikan dalam sebatang lidi.
[sebab aku tak ada lidi, aku skip step yang ini]

Bakar dalam ketuhar "grill" selama 4 mins, 2 mins untuk sebelah.
[aku grill kat pan ajer macam biasa...]

Panaskan sos yg digunakan utk perap tadi, hidangkan degan ikan salmon.
[untuk sos neh, aku tambah dengan
1/2 biji bawang besar potong mayang 
1 sudu teh tepung jagung
& kalau ada yang suka versi pedas, boleh tambah dengan cili potong]







p.s: mr hubby kata amattt sedappp...
rase masam manisnya amat balanced & combined well...
memangggg superbbb~!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...