FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

25 April 2010

Mendidik Anak Dengan Cemerlang



banyak cabarannya dalam mendidik anak-anak supaya menjasi insan yang cemerlang
kalau dulu zaman mak abah kita, lain cabarannya, sekarang neh lain pula cabarannya...
apa pun, anak-anak adalah anugerah dari Allah yang perlu kita 'corak' kan dengan sebaiknya

Antara intipati di dalam surah LUQMAN adalah

1. Aqidah (Larangan syirik)

2. Berbuat baik kepada ibu bapa

3. Ibadah (Solat, seru makruf dan cegah mungkar)

4. Ihsan (perbuatan sekecil biji sawi akan tetap dihitung oleh Allah)

5. Akhlak (Rendahkan suara, sederhana langkah dan jagan bersikap sombong)


Berikut adalah tips oleh Robert D. Ramsey
yang boleh kita jadikan panduan bersama...

Berikan anak anda pelukan setiap hari
ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan
mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang
jarang dipeluk. Bila kita peluk anak kita setiap hari,
dia akan tahu serta dapat merasa yang kita sayangkan
dia. Dia tahu kita akan jadi penyokong dia yang paling
kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia
kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin
diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la
ada masa kita perlu marah tapi janganlah buat muka
marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita
langsung. Kesian kat budak tuh. Namanya pun budak …

♥ Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah
ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap
kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita
appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak
buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

Jangan harapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.
Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami
setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya
mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan
yang mereka lakukan.

♥ Bila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,
[pilihlah keluarga]
Bila ada masalah eloklah kita
selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana,
seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah
keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka
sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan
tak akan kembali jadi janganlah cemarkan keperibadian
mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

♥ Dalam usaha mendidik anak-anak, janganlah mengeluh
Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri
mereka sebagai beban. Ini akan menyebabkan mereka
menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua,
janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

Dengarlah cerita anak anda 
kerana cerita itu mungkin tak akan dapat anda dengari lagi pada masa2
 akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini
akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

♥ Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya
ada masa2nya mereka akan gundah gulana.
Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan.
Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi,
kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa
sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita
kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

♥ Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk
menenangkan diri
mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa.
Jgn kita tunjuk yang kita gelabah.
Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada
penyelesaiannya. Jadi, jangan cepat gabra.

♥ Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak
menyambut harijadinya
sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai.
Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar
menghargai orang lain.

♥ Ajar & didik lah mereka, walaupun berulang kali
Ada sesetengah budak kena banyak kali ajar dan tegur,
baru dia faham. Elakkan daripada memarahi mereka,
sebab kalau marah nanti terbantut pulak proses pembelajaran dia.

♥ Luangkan masa bersama anak anda di luar rumah
peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan
dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan
kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

♥ Dengarlah mimpi ngeri anak-anak
mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka, maka
kita jadilah pendengar setia mereka.

♥ Hargailah permainan kesayangan anak anda
mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai
barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.
Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

♥ Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa
ciuman selamat malam
biasakan ajar dia salam kita sebelum lena.
Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita
omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak & selimutkan diorg.

♥ Terimalah hakikat yang kadangkala kita bukanlah
ibubapa yang sempurna
ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
Ada masa anak kata daddy ni garangla.. tu sebenarnya dia menegur.
So, ubahlah. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. Nanti mereka merasa
rendah diri.

 ♥ Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah
anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat
selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka
juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita
mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan
tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri
bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia
belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar
lebih dari yg cikgu dia ajar.

♥ Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka
tetapi kadangkala cuma untuk "sound effect"nya sahaja,
bukan ada apa2 pun. Bagaimanapun dengarilah mereka,
dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan
menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak
anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka
sendiri. Hoo... seram, tapi ada betulnya. Buatlah
sesuatu supaya mereka tak menjauh diri dari kita.
Semoga kita tidak sunyi dihari tua nanti.

♥ Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda
hargailah perasaan mereka supaya mereka juga
menghargai dan memahami perasaan kita.
Sama2 la kita berdoa agar anak2 menjadi penyejuk mata
dalam kehidupan kita dan sebagai penenang hati di
dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah.





"Wahai Tuhan ku, aku tak layak ke Syurga Mu ...
namun tak pula aku sanggup ke Neraka Mu....
kami lah hamba yang mengharap belas dari Mu ... "

"Ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa...
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, serta dosa
semua umat-umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah mati"

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...