FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

21 July 2010

Mimpi Ngeri Pengantin Baru

artikel di bawah adalah dipetik dari akhbar SINAR HARIAN

 "pakcik polis, tolong tangkap perompak tu dengan segera yer...
sian kat makcik ai tu..uhuhuhuhu."
SUNGAI PANJANG – Malang tidak berbau. Kegembiraan sebuah keluarga menyambut menantu berakhir, apabila mereka disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau dan parang di kediaman mereka di Jalan Blok 7, Belia 2 di sini, 3.30 pagi semalam.

Lebih malang apabila wang simpanan dan sumbangan sempena kenduri perkahwinan anak ketiga keluarga berkenaan Ahad lalu sebanyak RM10,000 turut dilarikan suspek.

Ketika kejadian, lima ahli keluarga termasuk pasangan pengantin baru berada di rumah apabila penyamun memecah masuk melalui tingkap dapur.

Mangsa, Ahmad Asror Mariman, 60, isteri, Asmah Kurmin, 51, serta anak bongsu, Badrulamin, 12, ketika itu sedang nyenyak tidur di bilik atas, sementara anak lelakinya, Fahrurrazi, 27, dan menantu, Normahanum Subali, 26, di bawah.

Ahmad Asror berkata, dia hanya menyedari kejadian apabila anak bongsu diacukan parang di leher di hadapan biliknya.

Dia yang panik mulanya cuba untuk melawan, tetapi dipukul dan dihentak beberapa kali di muka dengan tangan dan senjata.

“Saya terpaksa pura-pura pengsan untuk mengelak terus dipukul, dia (suspek) meminta saya menyerahkan wang dan barang kemas tetapi saya lebih memilih untuk diam,” katanya.

Asmah terpaksa mengalah sebelum suspek menemui RM10,000 yang disimpan dan melarikan barang kemas.

Mereka kemudiannya dikumpul dalam satu bilik yang menempatkan pasangan pengantin sebelum tangan masing-masing diikat dengan kain.

Fahrurrazi yang menyedari kesemua suspek meninggalkan rumah berkenaan berusaha menanggalkan ikatan sebelum mendapatkan bantuan jiran yang terletak kira-kira 50 meter dari kediamannya untuk menghubungi polis.

Akibat kejadian itu, Ahmad Asror cedera dan bengkak di muka.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Noor Mushar Mohamad berkata, suspek turut melarikan telefon bimbit, sebuah komputer riba dan dua motosikal jenis Yamaha milik mangsa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, suspek yang menggunakan baju sebagai topeng muka dikesan masuk ke rumah itu dengan menanggalkan dua cermin tingkap dapur sebelum membengkokkan besinya.

“Setelah berjaya masuk, dua daripada suspek menuju ke tingkat atas rumah sementara seorang lagi menunggu di bahagian bilik bawah.

“Kesemua mangsa diugut menggunakan sebilah parang dan dua pisau pemotong sayur untuk menyerahkan barang berharga. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan serius dilaporkan berlaku,” katanya.

Noor Mushar berkata, gerakan memburu suspek dilancarkan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata ke atas mangsa.

Katanya, polis percaya ia didalangi penduduk tempatan. 
 
 
 =======================================
 
mangsa adalah makcik ai
kenduri kawen neh berlangsung pada ahad yang lepas
dan harus la ai datang kenduri neh
siap tolong buatkan hidangan untuk meja beradap pengantin lagik
okeh itu bukan tajuk utamanya
tajuk utamanya adalah durjana sungguh perompak tu
memang dia dah plan dan aimed rumah makcik ai
mentang-mentang dia tahu rumah makcik ai tu baru lepas kenduri
sedapppppp je nak merompak ye
semuga tak senang dan tenteram la hidup perompak tu dengan hasil rompakan tuh
cessssssss...ptuihhh~!!!
 
 

2 comments:

♥ KELUARGA 17 ♥ said...

Jahatnyerr penyamunnnn...... semoga tak aman hidup diorg...

Takziah untuk makcik elise sekeluarga....

elise said...

tena

tu arr, memangggggggggg sangat jahat
sian makcik lis tuh tau...eniwey, TQ dear~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...