FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

01 September 2010

Anak Itu Anugerah; Anak Itu Amanah!

ari neh sudah masuk ramadhan ke 22
beberapa ari je lagi ramadhan bakal meninggalkan kita
uhuhuhuhu
rasa cepat je kan masa berlalu
upis ai lak bakal buat majlis khatam al-quran jumaat neh
besh besh beshhhh...

okeh itu cerita sampingan jer
cerita yang ai nak sampaikan kali neh tentulah berkisar ngan tajuk kat atas tu




bukan apa, isnin lepas ex-coursemate mr. hubby ajak berbuka sama kat armada hutel
neh buleh dikatakan agenda setiap tahun mr. hubby dengan kawan-kawan U dia dulu
[thanx to mr. xxxx~kerana sudi belanja buffet tiap tahun...ekekekekeke]

dalam rancak diorang berborak
terselit la cerita mengenai parenting, children, marriage etc...
di kalangan kawan-kawan mr. hubby
mr. hubby je la advance dengan kehadiran 2 cahaya mata
hehehehehehehehe
yang lain
ada yang masih solo
ada yang baru mengikat tali pertunangan
ada juga yang sudah berkahwin, tapi belum dikurniakan zuriat

ada yang kata sangat leceh mempunyai anak
takut untuk mempunyai anak
tak bersedia nak mempunyai anak

hey come on la guys
anak tu penyeri rumah tangga
serius neh
eh silap, 2 rius neh besh ada anak
kalau takbesh
tak kan la ai rela pregnant then beranak dan pregnant dan beranak again
dan juga terasa nak mempunyai anak lagik
hehehehehehe

sakit? oOOoowwhhh itu sudah tentu
tapi percayalah
segala kesakitan yang ai alami
telah hilang dari perasaan ai
sebaik saja menatap wajah anak-anak
ya benar sekali
segala kesakitan itu telah pun dilupakan!

dan pendapat peribadi ai sendiri
*tak kena mengena ngan sesapa yer*
ai rela bersusah payah membela anak sekarang
ai mean
ai tengah muda, sihat dan masih kuat dan gagah untuk mengelek anak
ai tak mahu esok-esok ai dah berumur
then time tu baru terpikir alangkah bagusnya mempunyai anak
masa tu umo udah lanjut
sangat risky okeh kalau pompuan yang lanjut usia neh nak pregnant
tenaga pun waktu itu udah menurun
membela anak memang memerlukan tenaga yang banyak
nak bangun malam tukar diapers, plus anak meragam, plus nak main kejar-kejar ngan anak
hehehehehehehe

tapi yer la
ai bercakap neh ikut pendapat ai sendiri jer
setiap orang ada pendapat mereka sendiri
ada ramai anak juga bukan jaminan memberi kebahagiaan pada ibu bapa
orang yang tiada anak juga belum tentu dapat hidup bahagia

apa pun, zuriat itu penyambung generasi
zuriat juga adalah rezeki dari Allah SWT untuk hambanya

anak-anak adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat
apabila tibanya saat kematian kita
di mana segala pahala dari amalan kita terputus
anak-anak soleh yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita
dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur
dan memohon keampunan Allah SWT untuk kita

sabda Rasulullah SAW
"Apabila matinya seorang manusia
terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu:

1. Sedekah jariah

2. Ilmu yang diambil manfaat dengannya

3. Anak yang soleh yang mendoakan untuknya"
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)






nota kaki;
"wahai Tuhanku!
kurniakanlah kepadaku anak yang tergolong dari orang-orang soleh"
(as-Shaffat: 100)


"wahai Tuhan kami!
kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami
(anak-anak soleh yang menjadi)
 penyejuk mata-mata kami
(apabila melihatnya)
dan jadikanlah kami ikutan kepada orang-orang bertakwa"
(al-Furqan: 74)




1 comments:

Aleeya said...

anak yg soleh dan solehah juga mampu 'membawa' ibu bapanya ke syurga...teringat cite zaman nabi2 dulu kala..bagaimana sorang anak yg sanggup menjaga ibu bapa nya yg da jadik khinzir kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...