FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

16 November 2010

Fadhilat Berkorban






pic; googled



Keistimewaan orang yang berkorban banyak sekali.
Saidina Ali bin Abi Talib r.a telah meriwayatkan
bahawa sesiapa yang meninggalkan rumahnya
dengan maksud membeli haiwan korban
maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan
dihapuskan 10 kesalahan
dinaikkan martabatnya 10 darjat


• Apabila dia bercakap-cakap dengan penjual ketika membelinya
maka setiap patah kata yang diucapkannya itu adalah sama dengan satu tasbih
Dan jika dibayar harganya
 maka setiap satu dirham, dia beroleh 700 kebajikan.
Jika haiwan itu dibaringkan di atas tanah
maka setiap titis darah yang tertumpah
dijadikan oleh Allah 10 Malaikat yang mendoakan dan
meminta ampunkan kesalahannya kepada Allah sampai hari kiamat.


• Apabila dagingnya dibahagi-bahagikan
maka setiap suap yang dimakan orang
baginya adalah seperti memerdekakan seorang anak cucu Nabi Ismail a.s.
Haiwan yang dikorbankan itu kelak akan menjadi
kenderaan bagi orang yang mengorbankannya pada hari kiamat
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Muliakanlah korban-korbanmu
kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim.”


• Selain daripada itu orang-orang yang melaksanakan ibadah korban
dipandang sebagai orang yang baik di antara umat Nabi Muhammad s.a.w
sesuai dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w:

“Umatku yang baik ialah mereka yang berkorban dan
umatku yang jahat ialah mereka yang tidak berkorban.”


• Korban juga dapat menyelamatkan orang yang berkorban
dari kejahatan dunia dan akhirat
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Bukankah korban itu termasuk ibadah yang menyelamatkan orang
yakni menyelamatkan orang yang empunyanya daripada kejahatan dunia dan akhirat.”








*petikan ini adalah sumber dari






















nota kaki:
insyaAllah kalau tak ada aral
tahun neh mr. hubby join 1 bahagian korban kat surau
alhamdulillah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...