FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

07 March 2011

Cerita Ceriti Ceritu



lama giler ai menyepi
huhuhuhu
awal-awal preggy neh
secara normalnya ai akan mengalami pelbagai rasa
mual, mabuk, muntah, pening kepala dan serangan migrain
rasanya semua ibu yang hamil mengalami gejala ini


pic: googled! 

tapi yang takut dan cuaknya
1 - 2 mac ari tu
[minggu ke 7 ai pregnant]
ada kuar darah skek
huhuhuhuhuhu

risau ya amat
sebab pertama kali ai alami perkara neh
masa ai pregnant kan abang-abang yang dua orang tu
tak pernah lagi berlaku kejadian neh
ai pegi check ke dokto
dokto bilang ia memang tanda-tanda awal keguguran
tapi baby kat dalam okey lagi
heart beat dia masih masih ada
huhhuhuhuhu
legaaaaaaaaaaa rasenya!
so dokto bagi coti sakit 2 ari
minta ai rest di rumah
tanpa melakukan sebarang house chores
dukung anak atau apa saja aktivitu
yang dibenarkan hanya berbaring dan menonton tivi sahaja
okeh fine
ai turuti pesanan khas dari tuan dokto
tapi
malam 3 mac tu sedang ai lena beradu
tiba-tiba perut ai sakittttt gilers
dengan senak, kejang dan macam-macam lagi
pinggang pun rasa nak patah dah
aiyohhhhh
cuak dan takot melanda sekali lagi
pagi tu kelam kelibut ai ngadap dokto lagi
dan dokto pun bagi surat refer ke hospital
masa tu mula la ai rasa sedey dan sayu
siap balik rumah packing baju siap-siap
in case~~~

sampai hopsital
buat prosedur itu ini
check itu ini
baby ai masih kuat lagi berpaut pada dinding rahim ai
alhamdulillah syukran!!!

dokto bagi pilihan mahu duduk dalam wad atau duduk dendiam di rumah
dan tentulah jawapan ai
ai akan duduk dendiam di rumah
so dokto hospital pun bagi coti sakit 2 ari [lagi]
dan nasihat itu ini
dan ai pun pulang semula ke rumah
dengan senang ati
ai tammo bebankan pikiran dan emosi ai
dengan pikiran dan rasa yang tak menentu
apa pun kini
ai berdoa dan berdoa
semuga kami berdua terus kuat dan tabah
dan dipermudahkan semuanya
ameen












 nota kaki:
semuga anak di dalam kandungan ku ini
sihat sempurna fizikal, mental dan rohaninya;
cukup semua sifatnya;
jauh dari sebarang komplikasi kesihatan
dan jauh dari sebarang gangguan iblis dan syaitan
ameen!


 

2 comments:

MyStar.Anise said...

Insya-Allah, Adikku.. Akak doakan yg terbaik buat kedua2nya...

elise said...

terima kasih kakak!!!
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...