FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

03 January 2012

Kesayuan!



picca-googled!




esok bermulalah sesi persekolahan 2012
anak ai dah mula nak bersekolah
di antara teruja, gembira
perasaan ai lebih kepada sayu
huhuhuhuhu

anak pertama nak melangkah ke sekolah 
mungkin begini kebanyakan perasan ibu bapa yang lain

dulu eiman bayi
tapak kakinya cuma sebesar dua jari sahaja
hanya tahu merengek kerana
lapar, tak selesa, mahu dibelai, mahu itu ini
dan terkadang kala ai dan mr. hubby sama-sama buntu
apa yang eiman mahu

dan perasaan sedih sayu ai ini
dikongsi bersama nenek mah dan atok aminnya
kerana suatu masa dahulu
abang eiman dibela oleh atok dan neneknya
atok dan nenek sama-sama sayu mengenang saat-saat bersama

teringat kali pertama doktor mengesahkan kehamilan ai
gembira bukan kepalang
balik dari klinik terus telefon mak di kampung

kelahiran eiman adalah pada tanggal 4 oktober 2005
orang ramai mahu mengerjakan solat tarawikh yang pertama
eiman pula sibuk-sibuk mahu lahir
gurau nenek mahnya
eiman juga teruja mahu sambut puasa bersama-sama

apabila habis cuti bersalin
bawa duduk di kuarters pej. daerah kuala kubu bharu
eiman menangis kuat sekali
haru haru sungguh haru
maklumlah pertama kali membela bayi
begitu kekok rasanya apabila anak menangis tak berhenti
terus kemas kain baju pulang ke rumah mak

cuba lagi sekali bawa ke rumah
masih meragam begitu juga
maklum lah kuarters tu kuarters lama
zaman pendudukan jepun pun dah wujud kuarters tu
kata orang
mungkin ada 'penghuni' lain bersama
kemudian setelah berbincang dari hati ke hati bersama mr. hubby
kami amik keputusan ai + mr. hubby dan eiman 
terus duduk di rumah mak

untuk berulang alik dari rumah mak 
ke pej. daerah hulu selangor setiap hari memang melelahkan
tapi selama 3 tahun
itu lah yang ai dan mr. hubby tempuhi
berangkat ke tempat kerja awal pagi ketika suasana masih gelap
dan kebanyakan masanya
eiman masih lena beradu lagi
dan pulangnya ai dan mr. hubby disambut dengan senyuman eiman
walaupun penat dan lelah
terubat rasanya hati
penawar segala-galanya

sehinggalah mr. hubby mendapat pekerjaan baru di shah alam
di sini lah bermula episod baru bersama elham & eqbal...

dan ketika bait-bait ayat ini ai taip
perit rasanya tekak ai
menahan perasaan kesayuan

mommy sayang abang eiman sangat-sangat
kalau mommy marah
bukan bermakna mommy tak sayang
ia cuma kerana 
mommy inginkan abang eiman menjadi orang yang berguna
contoh dan teladan yang baik kepada adik-adik
cemerlang dunia dan akhirat
ameen







nota kaki
ya Allah
jadikanlah anakku, anak yang cemerlang dan hebat
rakan-rakannya juga dikalangan mereka yang cemerlang dan hebat
guru-gurunya juga cemerlang dan hebat dalam mencurahkan ilmu
ameen ya rabbal alamin~





2 comments:

didil said...

ala hati kite yang bace ni pun ikut sayu.secara tak langsung makin besar tanggungjawab kak elis ngan suami.

semoga eiman membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.amiinnnn

elise said...

huk huk huk, naluri keibuan kut gitu lah...satu masa nanti sure didil akan alami jua...

maceh auntie didil doakan utk abang eiman ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...