FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

03 August 2012

Update Eqbal

umo eqbal dah 9 bulan...tapi mommy agak pemalash nak update perkembangan anak, oklah sementara ada masa, sambil tunggu dedi amik mami, mami isi masa terluang dengan menghapdate perkembangan eqbal...

pertamanya, eqbal dah mula berjalan...satu dua langkah then jatuh...tapi anak mami ni gigih, bangun lagi dan mencoba lagi untuk melangkah...sekarang dah mula maju, pat lima tapak baru dia terduduk atau terjatuh...ok lah tu, bak kata omputehnya yang telah dimelayukan, sejuta langkah bermula dengan langkah yang pertama, tak gitewwwww...

keduanya, eqbal ni pantang le dengar orang nyanyi, sure nak berjoget dan bertepuk tangan...lagi lagi lagu kekanak, cam pok amai amai, lagu tanya sama pokok, burung kakak tua, takpun...kalau dengar dedi dia nyanyi dalam keta pun eqbal terus bertepuk tangan juga, pakej dengan sengih bongeh gumbira...

ketiganya, eqbal ni suka makan! kalau duduk bersama kat meja makan, harusssss dia tepuk meja tu mintak nak makan sama, so far mami sumbat je kat dia, tapi kalau nasi tu, lenyek skek la kasik lembut sikit, ayam atau ikan juga telur mami try juga bagi...since ari tu masa check up eqbal 9 bulan, doctor advice supaya pelbagaikan lagi tekstur dan rasa pada setiap makanan anak, telur, ikan, ayam, sayuran...tu yang mami pun berani jer sumbat macam macam kat dia, plus tengah baby ni la kita try pelbagai jenis makanan kat dia, berharap bila besar nanti, he's not picky eater...bedal selagi boleh bedal plus halalan toyyiban la kan...hahahahahaha

keempatnya, ohhh ini bukan perkembangan actually...tapi sampai la ni eqbal masih lagi belum ada gigi! mami memula agaks heran disitu, apesal la anak mami yang sorang ni lambat betul nak tumbuh gigi, padahal abang abang dia dulu baya dia dah ada 4 -6 batang gigi...mujo doctor kata tak apa, sebab sesetengah baby ni giginya tumbuh lepas setahun lebey, ok...mami lega! ahahahahahaha

kelimanya, sangat suka main peek a boo dengan abangnya, orang melayu kata baa cakkk gitewwww...kalau main tu bukan main terkekek ketawa gumbira...

ok la ini saja yang mami teringat buat masa ni, ikutkan banyakkkkkkkkk lagi perkembangan diri eqbal...tapi mami kena recall satu satu la...maklumla, urat banyak putus, selowwww je ingatan mami ni nak kasik peringat satu persatu....hahahahahahaha, apa daaaa kan?

ok, selamat berpuasa uols, dah hampir setengah bulan kan kita berpuasa?

Published with Blogger-droid v2.0.6

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...