FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

17 September 2012

Cerita Dari Dapur: Bakso Tak Cukup Sifat


bakso adalah makanan kegemaran ai
juga kegemaran mr. hubby
kini menjadi kegemaran eiman
juga kadangkala menjadi kegemaran elham
cuma belum pasti adakah ianya bakal menjadi kegemaran eqbal

never mind, bukan kisah itu yang ai mahu highlightkan
cuma weken lepas datang mood mahu mencoba resepi ini...
selama ni ai duk pikir masak bakso adalah sesuatu yang payah dan renyah
rupanya, alahaiiiiiiiiiiiii, semudah ABC!
*kata ai dengan eksennya...kkakakakakaka*

walaupun bakso ai kelihatan kurang sifatnya
tiada hirisan halus daun kobis, tiada taugeh, tapi weols satu famili gembira menikmatinya
*haiiiii, tak buleh blah guna ayat macam gini*
resepi asal ai tak sure, ada yang ai lihat dalam koleksi myresepi, dalam pelbagai belog malaysia juga indonesia
tapi resepi dibawah adalah inspirasi semua resepi tersebut tetapi mengikut 'adunan' ai sendiri
buleh gitu? hew hew hew...ampunnnnnnnnn

nak buat bakso? ayuhhhhhh rakan rakan...kita bikin baksooooo :-)


resepi bakso
============
kuah
3 biji bawang merah *
3 biji bawang puteh *
1 inci halia *
1 sk serbuk lada sulah
1 batang serai
1/4 ayam untuk dibuat stok dan hirisan daging ayam
(bahan bertanda * tumbuk hingga hancur)

beef balls
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah *
2 biji bawang puteh *
1biji telur
1 sk tepung ubi
1 sb tepung gandum
secubit serbuk lada sulah
garam
(bahan bertanda * hiris halus)

cili kicap
2 biji bawang puteh *
beberapa biji cili api * (terpulang mengikut tahapp pedas yang disukai)
kicap
(bahan bertanda * tumbuk halus)


cara-cara
rebus ayam untuk di buat stok
setelah itu air rebusan menjadi stok, ketepikan ayam untuk dicarik menjadi cebisan kecil
masukkan semua bahan lain untuk dibuat kuah
sementara didih, gaul semua bahan untuk membuat beef balls
bulatkan mengikut saiz yang dikehendaki
setelah siap, masukkan beef balls ke dalam kuah sup
beef balls cukup masak apabila ianya mulai timbul
siap dan hidangkan bersama bihun, suhun dan mee yang telah dicelur
tapi ai suka bihun, ai makan dengan bihun sahaja
sekadar cadangan, hidangkan bersama cili kicap, hirisan daun kobis, hirisan daun sup, bawang goreng, sawi yang telah dicelur dan di potong dan cebisan ayam
sedia untuk dinikmati
Published with Blogger-droid v2.0.8

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...