FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

04 October 2012

Selamat Hari Lahir Abang Eiman

hari ini 4 oktober, genaplah umur abang eiman 7 tahun...abang eiman yang mommy sayangi dan kasihi, jadilah anak yang soleh, baik dan berakhlak mulia, bijak dan pandai, berjaya di dunia dan akhirat, dan menjadi contoh yang baik kepada adik-adik...

abang eiman yang sentiasa di dalam ingatan mommy, terkadang mommy terlalu berharap abang eiman supaya menjadi cepat matang, supaya cepat memahami tugas seorang abang, tapi mommy terlupa, abang eiman juga seperti kanak-kanak lain, yang ingin menikmati zaman kanak-kanak dengan gembira...apa pun, mommy berdoa semoga abang eiman sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi, jangan lupa tunaikan solat, jangan lupa tanggungjawab sebagai muslimin dan khalifah di bumi Allah ini...

akhir kata dari mommy, selamat ulang tahun kelahiran abang eiman yang ke 7, mommy sayanggggggggggggggg abang eiman!

Published with Blogger-droid v2.0.8

2 comments:

didil said...

yahuuuu.bleh dah komen tanpe teka2 huruf lagi.wakakaka.

kak, besar dah anak sulung akak ek.rase macam baru semalam kenal akak masih single mingle lagi ;p

elise said...

didil
akak dah remove dah word verification tuh! ahahahahaha, rupanya ada kat belog sendiri, punya la nyampah kalau org lain ada, tak sangka belog sendiri pun ada, yapadaaaaaaaaaaa...so kita remove jer!

yupe! dah besar...dah boleh diharap sebagai seorang abang! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...