FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

08 November 2012

Merana & Double Merana!


hari ni lunch keluar dengan girlfrens, kami ke jusco, selain makan mahu soping juga...sebab kak shifa pregnant untuk kali ke 4...dan merungut tak de baju dan seluar yang sesuai...kalau pregnant, ai pon suka beli maternity dress, blouse etc kat jusco, brand scarlet sahaja, murah dan bagus! so kami lunch ke nyonya colors...masing masing order penang assam laksa dan air fresh lime sour plum...oh em gee! sedap sangat...makan dan minum sampai rasa nak nangis...kak shifa cakap ai ni emosi...yupe! ai am...tapi dia nak ajak pia bersekutu ngan dia dan nak kutuk ai, sekali pia pon kata saya dah makan sambil nangis ni!...hahahahahahahahahaha...tapi ai memang suka gitu, kalau dapat makan sedap sangat, sure rasa nak menitik air menikmati keenakan makanan...terasa begitu dirahmati dan berada di dalam lindunganNYA!

sambil tunggu kak shifa soping, ai pon sama naik belek blouse dan seluar...confident amik seluar size M...dan blouse yang cantek berwarna hitam...masuk fitting room, try baju...cantek terletak, tapi sebab lace keliling leher tu buat ai tak sedap hati nak beli...ai takut kalau terselak tudung yang ai pakai, for sure ianya bakal mendedahkan aurat sebab lace bahagian leher tu agak besar juga, nanti kurang pulak markah pahala ai yang sudah sedia tak banyak ini...cantek, tapiiiiiii...terpaksa lepaskannya...merana! then try seluar pulak...tapi seluar pun tak boleh masuk, sangkut kat lutut...ohhhhh double merana! tak mo torture diri lebey lebey, join pia duduk kat bangku di hadapan cashier sambil tunjuk muka toya! ai cakap ai tak mo merana try seluar lain, ai takut nanti rupanya ai kena pakai size XL! atau lebih dasat size XXL! jadi lebey baik ai tak try so ai boleh pujuk ati sendiri yang ai ni sebenarnya muat je size L cuma saja tak mo try...ahahahahahahaha, boleh gitew?
so just tunggu kak shifa soping ngan bahaginya, dan pia dan ai cuma tengok tonton sahaja dia membeli baju yang banyak! <----ayat seorang pencemburu! T_____T


Published with Blogger-droid v2.0.8

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...