FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

29 November 2012

Jeruk Petai

dapat le satu balang kecik :)


tadaaaaaaaaa...akhirnya siap jugak projek jeruk petai ai nih! berangan nak buat tu dari sehari ke sehari...tapi tak jugak terlaksana, hurmmmmm! tadi paksa jugak diri sendiri buat, tak buat jugak nanti mau petai tu semua layu kering gitu ajer, sayangnyaaaaa! tu yang gegas jugak buat...senang jer buatnya kalau ikutkan, tapi jenuh jugak la tang nak picit keluar mata petai tu dari sarangnya, eh...sarungnya...hahahahahahaha, ehhhh..ekceli ai sengaja sebut sarang tu pasal ada kawan mr. hubby panggil penjodoh bilangan petai adalah

50 sarang petai
sepatutnya adalah
50 papan petai

comel je sebut sarang tu...ihiks!

okeh ai nak share ngan uols cara membuat jeruk petai
1. buangkan bahagian tepi petai kedua belah
2. basuh bersih dan rebus sebentar dalam 10 - 15 minit lebih kurang, tutup api dan sejukkan petai
3. picit keluar mata petai dari sarungnya
4. masukkan butir petai tadi ke dalam bekas, isikan air masak dan garam yang banyak *tips: kekurangan garam boleh menyebabkan jeruk petai kurang menjadi*
5. boleh disimpan di dalam peti sejuk, tahan berbulan-bulan

wahhhhhhh, macam kan terel benar siap letak tips segala, padahallllll...ini pom adalah pertama kali ai bikin jeruk petai...hahaahahaha, eh tapi jangan risau kerana ianya tetap relevan untuk diguna pakai...segala langkah dan cara membuat jeruk petai itu adalah olahan ai sendiri setelah banyak membaca cara membikin jeruk petai...so kekdahnya sama ajer macam ai terangkan kat atas tuh...kalau ada yang penambahan pun ada juga yang letak cili api, terpulanglah pada selera uols...apa pun selamat mencuba :-)

sekian penerangan daripada bakal peserta masterchef musim ke 3
*terussss feeling uols, puiiiiiiiiiiiii*
Published with Blogger-droid v2.0.8

2 comments:

umiyumi said...

Salam..
wah buat jeruk petai. best tuu.. letak la gambar nak tgk :)

elise said...

okeh da letak gambar...tapi tak close up pulak, huhuhuhuhuhu...tapi dun wori, ai masih berbentuk buah petai...ngeeeeee...

*kalau tetiba bertukar jeruk kelubi alngkah beshnya kan? muakakakakaka!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...