FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

13 December 2012

Divorce



b-e-r-c-e-r-a-i

ianya bukan sesuatu yang dibanggakan, atau perlu diraikan...tapi bila kawan ai mengadu dan bercerita hal penceraiannya...ai jadi sedih, emo dan ntah apa-apa lagi...zahirnya kelihatan dia cuba bersikap tenang, tapi jauh di sudut hatinya dia juga kecewa dengan keadaan tersebut...tapi sayang, talak yang jatuh terlalu mahal harganya...tak mungkin mereka akan dapat bersama semula...talak bukan perkara main-main, kalau dah 3 kali atau sekali 3 diberi/diterima, apa lagi yang boleh dikata...

yer ai tau, dalam perkahwinan tak tentu lagi semuanya akan smooth, semuanya akan sempurna...NO! terkadang ego sesama sendiri, terkadang seorang pasangan merasakan dia telah memberi terlalu banyak, terkadang seorang pasangan merasakan dia yang betul, terkadang seorang pasangan merasakan dia telah lelah memujuk perasaan sendiri...oh terlalu banyak sebab sebenarnya...tak kiralah dari segi kewangan, sikap, perasaan dan sebagainya...semua itu boleh menjadi sebab, terkadang sebab yang remeh temeh boleh menjadi seperti bom jangka bila meletup! tapi ai pasti, kalau bergaduh itu bukan seorang saja yang salah, pasti kedua-duanya bersalah, mungkin dia bersikap sebegitu kerana si dia berbuat begini yang menyebabkan dia terpaksa mengambil jalan sebegitu, siapa tahu kan?

dalam perkahwinan memang tak terjangka, kalau pun dulu bercinta semuanya enak belaka, tak tentu lagi dalam perkahwinan kita sekepala...ai teringat kata seorang yang ai anggap seperti 'ibu', katanya bercinta memang semuanya adalah indah, semuanya sempurna, bahagia bagai terawang-awang...gaduh dan merajuk masih dirasakan comel! tapi bila berkahwin, cinta itu akan berubah kepada tanggungjawab...tanggungjawab seorang suami dan tanggungjawab seorang isteri...dan tanggungjawab itu semakin besar dengan kehadiran anak-anak...mampu atau tidak untuk seseorang yang telah berkahwin memikulnya...ya, mungkin ada benarnya kata-kata beliau...bagi ai, tanggungjawab yang dilaksanakan perlu juga disemarakkan dengan rasa cinta, sesekali perlu juga untuk berdating/berjanji temu bagai waktu dulu...

juga teringat pesan seorang yang boleh dianggap 'ayah' kepada mr. hubby suatu masa dahulu diawal perkahwinan kami, katanya "bahagiakan hati seorang isteri, insyaAllah perkahwinan akan bahagia" pesanan ini cukup ringkas, tapi ai tahu ia membawa maksud yang mendalam! cuma seorang suami yang tahu erti cinta dan tanggungjawab dapat melaksanakannya...

status janda atau duda, kalau boleh tiada siapa yang mahu memegangnya, tapi andai tiada jodoh apa lagi hendak dikata...ai pun cuma orang luar kepada mereka, mendengar pula dari sebelah pihak saja...ai juga tak mahu menghakimi kawan ai yang salah atau pasangannya yang salah...tetapi berkongsi cerita dengannya, membuatkan ai banyak berfikir, mudahkah perjalanan yang perlu dilalui selepas bercerai? dapatkah membiasakan diri dalam suasana baru dengan memegang status yang juga baru? bagaimanakah emosi anak-anak bila ibu bapa yang dulu sebumbung kini berjauhan? oh, jauhkan lah bayangan tersebut dalam perkahwinan ai...walaupun ai tahu ai tak sempurna, 1 keburukan pasangan...mungkin 10 keburukan diri sendiri...

apa pun, ai cuma berdoa dan mendoakan semoga kawan ai mendapat pengganti yang lebih baik, ya mungkin ada hikmahnya...dari terus menjeruk rasa, mungkin bercerai adalah jalan paling selamat dan membahagiakan untuk kedua mereka

dan juga berdoa, semoga perkahwinan ai sendiri akan terus kekal sampai ke syurga...berbahagia dan harmoni selalu, walau terkadang badai melanda, ai tetap merasakan mr. hubby adalah pasangan yang terhebat untuk diri ai!











0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...