FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

20 January 2013

Dinner: Siakap Masam Manis


malam ni dinner agak awal sebetulnya, tapi nak karang ayat...nak menaip setiap satu patah perkataan tu yang...alahaiiiii...lemah longlai rasanya! tapi sebab ai pikir esok lagi busy, dan makin busy...paksakan diri menaip gak...huhuhuhuhuhu...gigih ni uols!

ikan siakap ni dah lama ada kat dalam peti ais ai...hahaha...sian dia sejuk kaku kejung, tapi ai tak sempat nak main masak-masak sangat...padahal sebenarnya malas! adoiiii, asik la alasan tak sempat kan, puiiiiiiii...alasan basi betul!

walaupun ramai yang dah tahu cara memasak ikan siakap sweet sour ni, ai tempel gak resepinya kat sini...tapi ni versi ai mengikut bahan yag ado kat umah tu...alaaaaa, campur campak...TING!!! siap dah...wahhhhhh, ayat eksen tak boleh blah! padahal tadi tulis kat atas tu tak sempat la, busy la kan...puiiiiii, sekali lagi! moga lepas ni rajin main masak-masak kalau sendiri tulis, sendiri terasa...bahahahaha...

ikan siakap masak masam manis
================

bahan-bahan a
----------------
seekor ikan siakap
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
sedikit tepung jagung
minyak untuk menggoreng

bahan-bahan b
----------------
3 biji bawang merah - dimayang
3 biji bawang putih - diketuk dan hiris halus
1 inci halia - dihiris
1-2 batang serai - dititik
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 sudu teh sos ikan
1 tin nanas - dipotong kecil...sila asingkan air dan buah nanasnya
1 biji tomato segar - dipotong dadu
beberapa tangkai cili api - dititik, ni ikut la nak pedas mana
sedikit air
garam
minyak untuk menumis

cara-cara
----------
1. lumurkan bahan-bahan a pada ikan siakap dan goreng garing. ketepikan...
2. tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau
3. masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan...kacau rata hingga didih, masukkan serai dan cili api juga sedikit air biasa dan sedikit air nanas tadi
4. masukkan nanas dan tomato, biar didih
5. perasakan dengan garam dan siap...tuang ke atas ikan untuk menghidang
masakan ini sesuai juga untuk kanak-kanak sebab tak pedas
selamat menjamu selera...



*ishhhh, lapo balik perot tengok ikan ni...adesssssssss*


Published with Blogger-droid v2.0.8

3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

i rasa mesti sedap...tengok gambar, tengok resipi dan cara u share recipe...memang u pandai masak... ^_^

Hatimi Tahirruddin said...

wah terliur sudah...kalau makan masa panas2 syok ni....

elise eijal said...

farah waheda wahid
erkkk, honestly, ai memang tak pandai masak, dah kawen, ada somi dan anak-anak le baru berjinak ke dapo...huhuhuhuhu



hatimi tahirruddin
bukan yu ajer terlio, ai yang tengok balik gambar ni pun telan ailio tau! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...