FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

28 January 2013

Ibu Kolagen Asli - Pure Marine Collagen

ai ada beli ibu kolagen asli ni...katanya khasiat kolagen ini adalah bagus dan tinggi...so mari menerai...tapi kat paket yang ai beli tu tak ada pulak tunjuk cara masak atau cara menyediakannya...gigih ai meng-google uols!

so ini adalah hasil kopi dan pasta sebagai rujukan empunya blog sahaja :-)

KEBAIKAN KOLAGEN ASLI :
-Memutihkan seluruh kulit badan tanpa kesan sampingan
-Memperbaiki fungsi organ dalaman badan terutama
pada hati & ginjal.
-Detoksifikasi racun seluruh badan (Detox).
-Anti Jerawat & Resdung.
-Membersihkan sistem usus.
-Mengurangkan migrain.
-Melancarkan sistem perkumuhan (sembelit)
-Menguatkan sendi badan.
-Melaraskan berat badan & hormon, elok bg yg diet juga gastrik.
-Anti bakteria
-Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
-Mencantikkan kulit.
-Anti oksidan.
-Merawat rekahan pada tumit kaki.
-Melicinkan dan menegangkan kulit serta payudara (anti penuaan)
-Memulihara sel-sel kulit mati (jerawat)
-Merawat fungsi kelenjar tiroid
-Memperbaiki masalah kulit dan rambut
-Mengurangkan kedutan, hitam bawah mata,
selulit, jerawat & jeragat.
-Membantu meningkatkan metabolisma.
-Membantu menghapuskan nefritis & artritis.
-Menguatkan saluran darah, meningkatkan penyakit sendi,
kecacatan kolagen, darah, badan dan purpura haemorrhagica
-Meningkatkan peredaran darah, dingin & mencegah sakit bahu
-Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau tumor.
-Slim up abdomen dan ponggong anda, melembutkan kulit
dan mengurangkan sakit pinggang
-Mencegah anemia.
-Bagi yang mengandung 4 bulan keatas baru digalakkan untuk
mengambil kolagen manfaatnya turut diterima bayi yg dikandung
-Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan
ligamen serta sakit belakang.

KAEDAH PENYEDIAAN :
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali, kalau tak nak
bau hanyir basuh dgn air asam jawa, kemudian bilas air bersih.
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman + pandan pun
boleh masa rendam biar bau wangi.
3. Simpan air rendaman (yg semalaman tu) tadi dan basuh sekali lagi 5-6
kali & toskan
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Boleh rebus bersama daun pandan utk kurangkan baunya.
6. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas
dan disimpan dalam peti ais – (seperti agar2) dalam bekas bertutup,
untuk dijadikan masker @ diminum utk kesihatan dalaman juga luaran.
(jangan simpan ditempat beku-peti ais)

CARA PENGAMBILAN :
1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur –
sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly),
ambil 2 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan
dengan sunquick/air buah kalau tak lalu makan gitu saja.
3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat =)

CARA MEMBUAT MASKER :
1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
2. Sapu rata gumpalan kolagen yg dah direbus di muka
(sangat bagus dibuat setiap hari)
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman
sebelum dicuci

SIAPA YG BOLEH MAKAN PURINE MARINE COLLAGEN (PMC) :
1) Lelaki & wanita
2) Ibu mengandung, kulit baby jadi cantik (untuk kandungan 4 bulan
keatas sahaja) manfaat dikongsi bersama ibu & anak.
3) Ibu rasa bertenaga & tak mudah letih
4) Ibu menyusu, kaya dengan mineral bagus untuk baby.
manfaat dikongsi bersama ibu & anak
5) kanak-kanak berumur 2tahun keatas
6) Wanita selepas bersalin, tidak digalakkan ambil, selepas 2bulan
baru boleh ambil rumpai laut ini.

PERHATIAN : Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang
tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang
vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita.
Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum & lebih cepat!
Banyakkan minum air kosong.

MANFAAT AIR RENDAMAN KOLAGEN (AIR YG DIRENDAM SEMALAMAN
JANGAN DIBUANG, BOLEH GUNA UNTUK :

HILANGKAN REKAHAN DITUMIT KAKI
CARA - CARANYA :
1) Ambil air Purine marine collagen (PMC) yang di toskan
2) Letak di dalam besen atau baldi
3) Rendam kan kaki anda sambil santai
4) 5 minit rendam pun dah nampak kesanya
5) Nak rendam lama-lama pun boleh

KESANNYA PENGUNAANYA :
-Kesan sekali cuba - kulit tumit halus je rasa...
-Kesan sekali cuba - kulit tumit yang merekah berkurangan
-3 ari guna - rekahan berkurangan
-7 hari guna - rekahan hilang serta halus kulit kaki macam ala- ala pergi SPA
-Kuku kaki bersih dan cantik seakan-akan pergi manicure dan pendicure.
(masa pemulihan bergantung jenis rekahan)

KULIT HALUS SEAKAN-AKAN BERLULUR @ KE SPA
CARA - CARANYA :
-Ambil air PMC yang di toskan
-Sapu di tangan , lengan , kaki dan di tempat yang diinginkan
(seakan- akan sapu lotion)
-Biarkan kering selama 5 minit
-Bilas dan lihatlah hasilnya halus je rasa

KESAN PENGGUNAANNYA :
-Penggunaan sekali memberikan kesan serta merta halus dan rasa
tegang pada kulit
-Penggunaan berterusan membuatkan kulit semakin halus seperti bayi,
putih cerah, tegang (kesan dari kolagen yang ada daripada PMS)

RAMBUT HALUS & SUBUR
CARA-CARANYA :
-Sama seperti buat masker lain, ambil air yang ditoskan
-Sapu je kat atas kepala atau rambut
-Tunggu ia kering dan bilas
-Nak pakai lama-lama pun boleh

KESAN PENGGUNAANNYA :
-Kulit kepala bersih dari kelimumur dan gatal-gatal
-Botak , penggunaan berterusan insyaallah tumbuh rambut
-Rambut halus je dan subur

PERINGATAN :
Jika kolagen kering anda menunjukkan pertumbuhan crystal putih
seakan-akan kulat, sebenarnya ia bukan kulat. Ianya merupakan hablur
garam laut iodin yang terhasil bila mana suhu lembap & boleh dibuang
dengan membasuh sebelum merebusnya.
Jangan panik ini merupakan ciri-ciri kolagen marine asli.

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN :
memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
memelihara kelembapan kulit
menyokong baik pulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
menguatkan otot dan tulang
membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
memelihara kelenturan sendi
mengurangkan keradangan (inflammation)memberi tenaga
membantu pola tidur memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf.

APA ITU KOLAGEN:
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga).
Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN :
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian.
Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Published with Blogger-droid v2.0.8

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...