FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

06 January 2013

Luncheon Spaghetti Carbonara


dua ari cuti ni, tekak asik mau melayan pasta masta...malam tadi is dinner macaroni goreng, tapi sorry...no picture,bukan tak ingat nak amik...tapi sebab masing-masing dah lapar dan penat ada juga seperti yang mau ketiduran, baik ai tolak tepi dulu bab-bab bergambar tu, ai tot nak amik gambar later after semua dah makan dan bertenang...tapi lepas makan dan kenyang, malas pulakkkk...ahahahaha...

so untuk lunch ni, ai masak spaghetti campak-campak dan siapppppp...cepat-cepatt plating dobodobodo *wahhhh, sejak tengok masterchef ni kannnn...* capai tablet, amik gambar...gigih nak jadi blogger tegar uols! hahahahaha...

so, jemput tengok uols... ai nak mamam...nom nom nom!

resepi spaghetti carbonara
=========================
bahan-bahan

spaghetti
2 ulas bawang putih - potong dadu
1/2 biji bawang holland/besar - dipotong dadu kecil
1 biji telur - mengikut kuantiti cream, tambah lagi telur jika kuantiti cream bertambah
80ml double cream/whipping cream - kalau nak ada kuah, tambahkan lagi amaunnya
1 sudu kecil sebuk lada hitam
garam secukup rasa
1/2 sudu besar dry parsley/fresh parsley
1 tin cendawan straw - atau apa jua jenis cendawan yang sesuai
parmesan cheese - secukupnya
hirisan daging ayam/seafood - ai bubuh sosej yang dihiris zig zag
1/2 biji lada benggala - hiris memanjang
minyak zaitun - optional, kalau tadak tu taram jer la minyak sawit
air untuk merebus

cara-cara

1. rebuskan spaghetti sehingga masak didalam air berserta minyak dan sedikit garam...tos dan sejukkan spaghetti guna air paip untuk hentikan daripada terus masak. ketepikan...
2. pukul telur bersama cream, lada hitam, dan garam. ketepikan...
3. panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bawang besar dan putih sehingga naik bau...masukkan kesemua bahan-bahan lain kecuali parmesan cheese...masak sehingga didih, kemudian masukkan bancuhan cream tadi bersama parmesan cheese, kacau seketika. tutupkan api...
4. siap dihidang bersama spaghetti dan bolehlah dimakan :-)


Published with Blogger-droid v2.0.8

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...