FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

13 March 2013

Sabah Bah!




cerita secara ringkas sahaja
pergi ke sabah atas urusan kerja
dok kat sabah selama 3 hari 2 malam
tapi biasalah jadual tak padat boleh la selit aktiviti sendiri
yang tak bestnya ai ke sabah masa tu tengah demam
spoil mood...
akal dan nafsu nak berjalan merata
tapi body tak larat



gambar bawah ni masa kat airport klia
yang lain semua bermuka ceria
tapi ai? ohhh horror rasenya!




okey dah sampai airport sabah!




lepas check in, ai terus zZZZzzzz tak sedar apa kat bilik
petang tu masuk bengkel jap, 
penerangan ringkas itu dan ini 
break 
then sambung sikit sebelah malamnya
habis bengkel, ai terus ke spa nih
wehhh tak tahan body ai sengal dan bisa satu badan
ai buat tradisional massage
perghhhhhhh, lega betul rasanya body lepas kena urut
terus cargassssss


bila dah cargas, sempat la ke kg. air nak pekena seafood
bila lagi nak merasa lobster yang kita boleh pilih dari akuarium kan
ni kira supper sebab makan tu dah tengah malam
kedai pun dah nak tutup
tinggal nak tunggu kami jer dah ni






dah supper makan lauk jer
tayah nak nasik-nasik
kang gumuk takut ada yang komplen
hik hik hik
atas kiri ke kanan: 'scallop shell, air limau asam boi
bawah kiri ke kanan: lobster, soft shell crab



esok harinya lepas bengkel
sempat cilok ke muzium sabah
nak tahu budaya orang kena duduk lama kat sana
nak jalan short cut
pegi la muzium
dapat juga tahu serba sedikit budaya dan cara hidup mereka
yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik







balik dari muzium singgah kejap kat yayasan sabah
mengikut pemandu van tu
bentuk bangunan yayasan sabah 
adalah diinspirasi dari bentuk sebatang kayu balak
dan katanya size sebenar bangunan tu 
adalah size sebenar sebatang pokok
phewwwwwwwwww
dapat bayangkan betapa lama pokok tu hidup
sampai boleh jadi besar gitu?
agaknya berapa la ketinggian sebenar size pokok tu yer
hurmmmmmmmmmm, wonder dan kagum!



ok da tak de gambar dah 
*gambar yang sedia ada pun ai cilok dari kawan punya
harapkan tuan badan yang tengah tak sehat time pegi tu untuk amek gambar?
sebab lepas acara sightseeing dan pusing
adalah acara soping-soping selain masuk bengkel
acara soping-soping tak memerlukan gambar
ai memerlukan fokus yang tinggi demi tidak over budget
juga memerlukan kekuatan fizikal dan mental 
untuk upacara tawar menawar
kih kih kih

sempat la meround pasar malam di KK pada malam kedua
merayau di pasar philipine, pasar ikan masin, pasar basah
juga tak lupa merayau ke kedai jamilah jewellery

pergi ke kota kinabalu isinin pagi - 25.2.2013
pulang ke shah alam rabu malam - 27.2.2013
phewwwwwwwwww!






ok itu jer cerita ai :)



2 comments:

♥ KELUARGA 17 ♥ said...

bestt!besttt....ehhh.... ingatkan hr tu bawak sumer rakyat jelata ke sabah....

elise hamin said...

besan,
tak jadi, pasal minggu sblm tu abg eiman demam, mc 2 ari...tak gamak lak nk mencotikan dia tiap minggu...huhuhuhu...len kali la pegi :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...