FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

10 April 2013

Romantika: Dato' Dr. SMS & Datin Dr. Harlina

malam tadi sempat la tengok slot romantika, episod dato' dr. SMS dengan wifenya yang canteks, datin dr. harlina with 2 kiddos...ni pun sebab ai sempat jenguk belog dr. harlina yang mengwar-warkan tarikh dan waktu tayangan...selalunya ai cuma sempat tengok siaran ulangan jer...

so malam tadi adalah gigih mengadap tv semata-mata mau tengok secara 'fresh', tak la asik tengok siaran ulangan kan...hahaha, well astro kan...

apa pun, ai suka tengok pasangan ni, nampak saling melengkapi...dan masa ucapan last tu ai pun jadi sebak...betapa merendah dirinya dr. harlina pada suaminya kerana meminta maaf di atas segala kekurangannya, dan betapa suaminya sangat menyanyanginya dan menghargainya...begitulah sebuah perkahwinan, saling melengkapi, saling menyayangi...perkahwinan itu mudah, tapi untuk mengekalkan sebuah perkahwinan itu yang banyak cobaannnnnn...cobaannnnnn...cobaannnnnnnnn *sile buat nada seperti pendekar bujang lapok* selain mengekalkan perkahwinan, ia juga perlu dibaja dengan kasih sayang, dipupuk dengan rasa hormat menghormati, tolak ansur, memahami dan sebagainya...pertengkaran, gadoh-gadoh manja ke, gadoh-gadoh tak berapa nak manja ke, itu pasti berlaku, tapi cara mana pasangan itu untuk mengatasinya itu yang penting...kadang-kadang kalau tengah berangin tu, semua ego, tak kiralah si suami mahupun isteri...keduanya rasa mereka sahaja yang betul...sebaiknya beristighfar banyak-banyak...bersabar, mengalah dan bawa berbincang itu lebih baik...ini juga peringatan kepada diri sendiri...huhuhuhuhuhu

ehhhhh, banyak membebel lak ai yer, sori uolsssss, redho ajer la baca penulisan ai ni...muwahahahaha...

sekian,
daripada seorang isteri yang berazam mahu jadi yang terbaik buat suaminya
*geli pulak rasanya tulis gini, agagagagaga...*

p/s: hahahaha, lari tajuk sungguh entry ai kan, sori mori lori uols...

Published with Blogger-droid v2.0.8

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...