FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

12 May 2013

Ikan Bawal Sambal Harum

ada ketika ai buntu dan kekeringan idea nak memasak...padahal masak sesekali, once in a blue moon kekdahnya kan, huhuhuhuhu..tabik kat mereka yang sentiasa ada idea untuk memasak...

so, dah buntu gini, buka peti ajaib tengok apa bahan yang ada...amik ikan bawal, then selongkar balik peti tu...apa bahan yang ada untuk masak bersama ikan ni...tengok bahagian sayur, ada seranting *betul ka panggey ranting?* daun limau purut...so itu lah terciptanya masakan hari ini berdasarkan apa yang ai jumpa dalam peti ajaib ai tu...mih mih mih

okey, ni resepi ikan bawal sambal harum ai tu

bahan-bahan
xxxxxxxxxxxx

seekor ikan bawal - lumur garam dan serbuk kunyit, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan

3 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang puteh - hiris
1 inci halia - hiris
1 inci lengkuas - titik
1 batang serai - titik
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
daun limau purut - potong halus/carikkan
1 biji bawang besar - potong bulat
air
minyak untuk menumis
gula
garam

cara-cara
xxxxxxxx

panaskan kuali, tuang sedikit minyak untuk menumis dan tumiskan bahan yang dihiris dan yang dititik sehingga naik bau...

masukkan cili kisar, kacau rata dan tunggu sehingga pecah minyak, masukkan sos cili, tomato dan tiram, kacau sebati...masukkan juga daun limau purut...masukkan sedikit air, kacau rata sekali lagi...

perasakan dengan garam dan gula...masukkan bawang besar, kacau rata dan tunggu hingga bawang tersebut agak layu

setelah siap, tuangkan di atas ikan bawal yang telah siap digoreng tadi...sedia dihidang dan dinikmati

sedappppppppppppp ai tell u
mih mih mih

okey selamat mencuba :-)

Published with Blogger-droid v2.0.8

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...