FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

08 May 2013

Ikan Tenggiri Masak Cuka




kalau tengah rajin, asik la nak masak, kalau tengah malas...tayah bagi jawapan pun agaknya uols pun tau dan boleh teka...hahahahahaha...since ikan tenggiri tengah berlambak dalam peti ais tu, mari lah mari kita memasak...supaya disayangi oleh suami, dikasihi oleh anak-anak

ini semua poyooooooooooooooooo

muwahahahahahahahahahaha

oleh let's cekidaut apakah bahan-bahan yang perlu disediakan...ikutkan resepi ni mudah, tapi kalau bahan tak ada, tak jugak jadi mudah, dah kena gi kedai, carik barang dulu...

bahan-bahan
---------------
2-3 kepingan ikan tenggiri
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 biji lada merah - hiris
1 biji lada hijau - hiris
1 biji bawang besar - hiris
2 cm halia - hiris
1sudu kecil biji sawi - kalau suka, ai tak bubuh pun
4 sudu besar cuka masak
gula
75ml air
garam / perasa pilihan
minyak
tepung jagung - kalau nak pekatkan sedikit kuah, ai tak letak pun


cara-cara
------------
1. lumurkan ikan tenggiri dengan serbuk kunyit dan sedikit garam...goreng hingga masak, toskan dan ketepikan
2. panaskan sedikit minyak dalam kuali...tumis bahan-bahan yang dihiris tadi bersama biji sawi hingga layu.
3. tambahkan air dan biarkan mendidih seketika.
4. perasakan dengan sedikit garam, gula dan cuka...kalau suka kuah yang pekat, boleh lah masukkan bancuhan tepung jagung
5. tutup api dapur dan tuangkan kuah cuka ke atas ikan tenggiri goreng.
6. sedia untuk dihidangkan.




okeh, selamat mencoba...



Published with Blogger-droid v2.0.8

2 comments:

tenku butang said...

teringat kat mak teman.. dia suka mkn gulai/kuah ni..

elise hamin said...

tenku butang
pebret mak u yer, nanti boleh la wat seprais buatkan dia masakan ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...