FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

06 June 2013

Puff Daging Sedap & Mudah







puff daging yang sedap dan mudah membuatnya

bila angin rajin datang, mula la terpikir nak buat puff daging untuk minum petang...mudah jer buatnya, sebab satu step untuk buat kulit pastrynya kita skip dengan membeli puff pastry yang frozen sedia ada di pasaran jer...hew hew hew!

























sila cari jenama ni, sedap dan mudah kalau nak buat puff...tak kira la nak buat inti dia sweet atau savory, terpulang pada kehendak uols!



resepi untuk inti puff daging yang ai buat...kalau uols ada citarasa sendiri, boleh la bikin ikut versi uols yer, tak ada masalah, kita yang nak membikin, kita jua yang nak makannya kan...

bahan-bahan inti puff daging
.........................................

sekeping daging kisar brand ramly, atau apa jua brand
1 biji bawang besar - potong dadu *
2 biji bawang putih - hiris halus *
 1/2 inci halia - dititik *
1/2 biji capsicum - potong dadu *
2 sudu kecil serbuk oregano
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 cawan susu segar
marjerin/butter untuk menumis
sedikit garam

sebiji telor untuk mengelim dan sapukan di atas puff


cara-cara
..............

panaskan kuali, masukkan marjerin/butter
tumiskan bahan-bahan bertanda * sehingga naik bau,
masukkan serbuk oregano dan serbuk lada hitam, kacau sebati
masukkan daging, kacau rata
masukkan susu segar, kacau lagi dan tunggu hingga sejat
perasakan dengan garam dan boleh matikan api

tunggu inti sejuk sedikit dan boleh mula membikin puff daging
pastikan kulit puff dikeluarkan lebih awal dan lembut sedikit, baru senang nak letak inti dan mengelimnya

untuk lekatkan pastry tu sapukan dengan sedikit telor
sapukan juga di atas puff untuk kesan shining gitu
hew hew hew


ok, selamat mencoba!

:-)








Published with Blogger-droid v2.0.8

4 comments:

Farah Waheda Wahid said...

wah boleh lah ai cuba nanti...tapi u dah buat kan? he he he... nak hantar pinggan kat sini boleh?

Normi Nieza said...

blh cuba nie..:)

Jumria Alimuddin said...

xperna terfikir da jual puff pastry frozen...hehehe...thanks for the info...

http://jumnutriblog.blogspot.com

elise hamin said...

farah waheda wahid
try la darling...of coz la ai dah buat then baru ai published kat sini sayang...


normi nieza
sile sile try, easy peasy jer nak membikinnya tu


jumria alimuddin
kalau u pandai wat pastry, then boleh la try business pastry frozen...tak banyak pastry frozen kat pasaran :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...