FALL IN LOVE WITH MORE FREE TEMPLATES! CLICK HERE TO GET YOUR OWN SMITTEN BLOG DESIGN... »

ADVERTISEMENT

28 October 2013

Cerita Ceriti Cerutu IV



selamat hari isnin
wahhh agak formal di situ

weken lepas terasa panjang bila ai kena hadiri bengkel SKT start jumaat - ahad
lagi panjang bila mr. hubby pun ada bengkel pada hari kamis - sabtu
bertambah panjang bila eqbal demam kejap panas kejap normal 
pitam nak menguruskan anak sendirian
anje-anje sangat taw ai ni
ouhhhhhhhhhhhhh
tersangat lembik bila takde suami terchenta tiada di sisi
hihihihihihi
lagi pitam bila ada waktu yang bertembung
iaitu kami [mommy - daddy] sama-sama berbengkel
mujur bengkel anjuran jabatan ai agak santai sedikit waktunya
dan mr. hubby dapat excuse awal dan pergi ke hotel yang ai diami
untuk menjaga anak-anak sementara ai pergi berbengkel pula
alhamdulillah Allah permudahkan untuk ai dan famili
dapatlah ai berbengkel dengan senang hati
hihihihihi

semalam ahad
sempat bawak anak anak pusing ke paradigm mall
tak pernah jejak ke sini walaupun banyak kali lalu
jadi marilah kita intai kedai apa yang ada
tadak plan nak soping pun
just nak santai-santai dan lepak minum kopi
hahahahahahaha
so kami tuju ke the loaf
segala roti dan pastri adalah sangatttttttttttt sedap
anak-anak pun suka
setelah habis dimakan roti yang dibeli
anak-anak sibuk memilih roti lain pula
selesai makan roti yang dibeli kali kedua
masing-masing mahukan roti lain pula
masing-masing teruja nak makan roti yang pelbagai
dan akhirnya ai tapau 2 biji roti
sesekali layankan kehendak nak-anak
setelah puas berpusing
turun ke tesco mencari sedikit barang keperluan rumah
selesai soping terus pulang ke rumah
okey tak terus pulang sebenarnya
sebab singgah lunch di restoran nasi ayam pak mal

waktu maghribnya mak ai sampai ke rumah dari kampung
datang dengan menumpang kereta adik ai -ika
selain tujuannya adalah untuk soping di jakel
tujuan lainnya adalah untuk menghantar baju makcik ai 
yang telah siap dijahit
mak ai kan tukang jahit
tatau lagi cemana nak rencanakan jadual
mungkin lunch hour ni ai balik rumah kejap antar mak ke jakel
dan pick up mak dari jakel after office hour
panjanggggggggggg masa tu
harap-harap mak dapat soping dengan tenang

pagi-pagi tadi selepas abang eiman selesai mandi
sebaik keluar dari toilet
dia panggil nenek mah dia dan berkata
'nenekkkkk, kalau ada lempeng cicah sambal udang kecik-kecik kan best"
 aisehhhhhhhhhhhhhh
sian anak teruna ai
nampak naw selama ni ai jarang jamu dia dengan makanan sebegitu
selalunya sarapan pagi dia adalah express
sama ada roti sapu kaya/jem
atau
kokokrunch/hanista dengan susu
atau
nugget/sosej/kuih muih frozen
atau
2 bijik 1/2 boiled egg
atau...
okey tadak idea lagi
nampak sangat tak pelbagai sarapan abang eiman di rumah
tsk tsk tsk


banyak dah membebel ni
stop sini dulu
baiiiii


1 comments:

Farah Waheda Wahid said...

bila dua2 berbengkel kenalah take turn ye tak? apa yang penting kerjasama... *_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...